Ini merupakan satu contoh yang lengkap bagi
sebuah rancangan perniagaan. Anda dialu-alukan untuk menggunakan kandungan ini
sebagai satu pandauan apabila merancang aktiviti-aktiviti perniagaan anda
sendiri. Bagi mewujudkan sebuah rancangan perniagaan sendiri, anda perlu
membangunkan pertumbuhan pernigaan anda, sila pertimbangkan perisian muat turun
popular. Semua percuma di http://www.1f1s.com
dan sebarang pertanyaan boleh lah di bincangkan dalam forum antara
komuniti1f1s.
Mengenai Pelan Perniagaan Ini.
Nama-nama, lokasi-lokasi dan nombor-nombor
dalam rancangan asal mungkin telah di tukar dan banyak bahagian-bahagian bagi
teks rancangan asal mungkin tidak dimasukkan bagi mengekalkan rahsia dan
maklumat pemilik.
Garis-garis panduan mengunakan maklumat ini.
Anda di alu-alukan untuk mengunakan maklumat
ini sebagai satu titik permulaan bagi mewujudkan perniagaan anda sendiri tetapi
anda tidak mempunyai kebenaran untuk menghasilkan semula, menerbitkan,
mengagihkan atau salinan teratur rancangan ini.
Perjanjian sulit
Pembaca yang menandatangi disini mengakui
maklumat di sediakan oleh ____________ dalam pelan perniagaan ini adalah sulit
oleh itu, pembaca setuju supaya tidak mendedahkan ia tanpa kebenaran bertulis
_________________. Ia diakui oleh pembaca maklumat yang disertakan dalam pelan
perniagaan ini berada dalam semua penghormatan kerahsiaan selain maklumat yang
berada dalam domain awam melalu cara lain dan sebarang pendedahan atau
pengunaan sama oleh pembaca boleh menyebabkan kemudaratan atau kerosakan untuk
__________________ . Atas permintaan, dokumen ini dikembalikan kepada
_______________ .
__________
Tanda Tangan.
__________
Nama (taip atau cetak)
__________
Tarikh
Ini merupakan sebuah rancangan perniagaan. Ia tidak membayangkan satu persembahan sekuriti.
1.0
RINGKASAN EKSEKUTIF
Rancangan
Perniagaan ini disediakan bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari [agensi
pembiyaan/bank] di bawah [nama Skim Pembiyaan] bagi projek Restoran &
Katering saya iaitu [nama perniagaan] di [Taman Kemuning, Senawang].
Berbekalkan
pengetahuan melalui kursus perniagaan restoran & katering anjuran
[agensi/syarikat] dan pengalaman bekerja selama 2 tahun di sebuah restoran di
[lokasi], saya bercadang membuka restoran saya sendiri di [Taman Kemuning,
Senawang] dengan anggaran kos projek sebanyak [RM 102,600]. Daripada jumlah
tersebut saya bercadang untuk bantuan pembiayaan [nama skim pembiayaan]
sebanyak [RM90,000], manakala sumbangan saya adalah sebanyak [RM 102,600]
Pembiayaan
RM90,000 tersebut akan digunakan bagi pembelian stok permulaan, peralatan dan
kelengkapan restoran, deposit sewa dan utiliti & juga modal pusingan.
Manakala modal saya sebanyak RM 12,600 akan di gunakan untuk deposit sewa &
utiliti dan stok permulaan.
[Taman
Kemuning, Senawang] saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk
perniagaan Restoran & Katering kerana ia mudah dilihat dan diakses dari
jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di
tengah-tengah [Bandar Senawang] dengan dikelilingi oleh 8 buah taman perumahan
dan [2] buah kampung serta pejabat-pejabat kerajan dan swasta serta
kilang-kilang.
Dengan
tahap persaingan yang sederhana dari [5] buah Restoran yang sedia ada di
sekitar pusat perniagaan tersebut, saya yakin dengan mereka dengan menguasi
mereka lebih kurang [5% hingga 10%] daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada
keenakan masakan ala kampung, kualiti perkhidmatan dan harga berpatutan.
Berdasarkan
trend pasaran masa kini, pemerhatian
saya mendapati permintaan Restoran & Katering tetap meningkat terutamanya
kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap masakan ala
kampung yang tetap menjadi pilihan masyarakat Bandar yang kebanyakkannya
berasal daripada kampung.
Pemerhatian
saya juga mendapati bahawa senario masa
hadapan restoran dan katering adalah cerah dan ia tetap kebal dalam apa jua
suasana ekonomi kerana masyarakat tetap mempunyai peruntukan untuk makan dan
minum. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, restoran dan katering menawarkan
harga yang berpatutan dan masakan yang enak dan yang lain dari yang lain akan
menjadi pilihan ramai selain perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
Saya
berharap agar bantuan [skim pembiayaan] ini dapat merialisasikan rancangan
perniagaan restoran & katering saya ini.
2.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN
2.1 Permohonan Pembiayaan
Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi
membiayai keperluan pembelian stok permulaan, peralatan dan kelengkapan
restoran, deposit sewa & utiliti dan juga modal pusingan seperti berikut :
No.
|
Keperluan
|
RM
|
1
|
Ubahsuaian
|
12,000.00
|
2
|
Kelengkapan dan Peralatan Restoran
|
21,100.00
|
3
|
Stok Permulaan
|
10,000.00
|
4
|
Deposit sewa & utiliti
|
9,500.00
|
5
|
Modal Pusingan
|
50,000.00
|
Jumlah
|
102,600.00
|
2.2 Cadangan Struktur Pembiayaan
Sumbangan/Pembiayaan
|
RM
|
Usahawan – Deposit Sewa & Utiliti +
Stok Permulaan
|
12,600.00
|
[Nama Agensi Pembiayaan/Bank]
|
90,000.00
|
Jumlah
|
102,600.00
|
3.0
LATAR BELAKANG USAHAWAN
3.1 Butir-butir peribadi usahawan
Nama : Hamid bin Din
No
K/P :
xxxxxx-xx-xxxx (Salinan K/P di lampiran 1)
Umur : xx tahun
Tarikh
Lahir : xx Ogos 19xx
Taraf
Perkahwinan :
Warganegara : Malaysia
Alamat
Sekarang :
:
Alamat
Tetap :
:
Telefon : (h/p) (rumah) (pejabat)
Pendidikan/Kursus/Kemahiran/Anugerah
:
Tahun
|
Institusi
|
Kemahiran/Anugerah
|
Nota:
Sijil-sijil seperti di LAMPIRAN 2
Pengalaman
Kerja/Perniagaan
Tahun
|
Majikan/Perniagaan
|
Pengalaman
|
Jawatan
Dalam Pertubuhan Sosial
Nama Pertubuhan
|
Jawatan Dipegang
|
Tempoh
|
Jurubank
:
Nama dan Alamat
Bank
|
Jenis & No.
Akaun
|
Tarikh Dibuka
|
Pendapatan
Bersih :
Pendapatan
|
RM
|
Perbelanjaan
|
RM
|
Gaji Bersih
Pendapatan Lain – sewa tanah
|
5,000
1,000
|
Belanja Sarahidup
Bayaran Pinjaman Kenderaan
Bayaran Pinjaman Perumahan
Bayaran Pinjaman Bank Rakyat
|
1,000
1,000
1,200
500
|
Jumlah Pendapatan (A)
|
6,000
|
Jumlah Perbelanjaan (B)
|
3,700
|
Jumlah Pendapatan(A)-(B)
|
2,300
|
Harta
dan Liabiliti :
Harta
|
Nilai Pasaran
RM
|
Liabiliti
|
Baki Semasa
RM
|
Rumah Teres
Tanah
Kereta – Honda Civic
|
250,000
100,000
115,000
|
Housing Loan – Ambank
-
Car Loan – Public Bank
Personal Loan – Bank Rakyat
Kad Kredit
|
180,000
-
90,000
30,000
5,000
|
Jumlah Harta (A)
|
465,000
|
Jumlah Liabiliti (B)
|
305,000
|
Jumlah (A)-(B)
|
160,000
|
4.0 PROFIL PROJEK
4.1 Perniagaan
Dirancangkan
Nama Perniagaan :
Restoran Selera Desa
Nama Didaftarkan :
Hamid Restoran & Katering
No Pendaftaran :
001234567-V (Rujuk Lampiran 4)
Alamat Perniagaan :
Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning
Tarikh Mula Niaga :
Dianggarkan dalam bulan Oktober 2009
Bentuk Perniagaan :
Pemilikan Tunggal
Pemilik :
Hamid bin Din
Jenis Perniagaan :
Restoran dan Katering
5.0 ASPEK PENGURUSAN
5.1 Senarai
Pekerja Utama dan Tugas
Nama : Hamid bin Din
Umur :
xx tahun
Jawatan :
Pengurus
Pengalaman Kerja : Rujuk Profil Pemilik
Pengalaman Kerja : Rujuk Profil Pemilik
Gaji Bulanan :
RM 2,500.00
Tugas :
Mengurus keseluruhan operasi restoran dan juga sebagai juruwang.
Nama :
Isteri
Umur :
xx tahun
Jawatan :
Penolong Pengurus/Ketua Tukang Masak/Juruwang
Pengalaman Kerja :
Penolong Pengurus Gerai (bekerja bersama- sama)
Gaji Bulanan :
RM 1,800.00
Tugas :
Membantu Pengurus dalam operasi keseluruhan restoran merangkap . ketua tukang masak dan juga juruwang kedua
Nama :
Tukang Masak I/II/III/IV (akan dilantik)
Umur : xx tahun
Jawatan :
Tukang Masak
Pengalaman Kerja :
Sekurang-kurangnya setahun pengalaman memasak di
memasak di restoran/gerai/katering
memasak di restoran/gerai/katering
Gaji Bulanan : RM 1,000.00
Tugas :
Memasak mengikut menu yang ditentukan oleh
Ketua Tukang Masak dan juga tempahan pelanggan
Ketua Tukang Masak dan juga tempahan pelanggan
Nama :
Pembantu Restoran (akan dilantik)
Umur : xx tahun
Jawatan :
Pembantu Restoran
Pengalaman Kerja :
Pengalaman bekerja di restoran/gera/warong adalah diutamakan
Gaji Bulanan :
RM 700.00
Tugas :
Mengambil tempahan pelanggan, mengemas, membersih dan membantu
pengurus dan penolong pengurus dan kerja-kerja am restoran
6.0 ASPEK LOKASI
6.0 ASPEK LOKASI
6.1 Lokasi Premis
Jalan Kemunig 1, Taman Kemuning, 74750 Senawang,
Negeri Sembilan
6.2 Gambar Premis
1)
Gambar Hadapan Premis
2)
Gambar Deretan Kedai
Bersebelahan Premis
3)
Gambar di Sekitar
Permis
6.3 Peta Lokasi
Peta Kedudukan Lokasi
[Beli peta atau cari peta di internet dengan
radius lebih kurang 5km dan paste di sini. Tandakan lokasi]
Peta Kedudukan Premis
[Lukis peta kedudukan premis di pusat
perniagaan tersebut. Tandakan Lokasi]
6.4 Susun Atur Restoran
[Lukiskan susun atur dalaman premis]
6.5 Waktu Perniagaan
Waktu Perniagaan :
10.00 pagi – 7.00 malam
Hari di Buka :
Isnin hingga Ahad
(Nota : Ahad dan cuti umum di buka sehingga
jam 2 petang)
Hari Cuti :
Hari Raya Aidilfitri dan Raya Haji
6.6 Menu
6.6.1
Menu Sarapan Pagi
No
|
Menu Cadangan
|
RM
|
1
|
Roti Canai
|
0.70
|
2
|
Roti Sardin
|
1.50
|
3
|
Roti Telur
|
1.20
|
4
|
Nasi Lemak Kukus
|
1.50
|
5
|
Nasi Goreng Biasa
|
1.50
|
6
|
Nasi Goreng Kampung
|
1.50
|
7
|
Mee Goreng
|
1.50
|
8
|
Kuew Tiaw Goreng
|
1.50
|
9
|
Meehun Goreng
|
1.50
|
10
|
Lontong
|
1.50
|
11
|
Karipap Panas (3biji)
|
1.00
|
12
|
Kuih Muih (3biji)
|
1.00
|
13
|
Roti Bakar
|
1.00
|
14
|
Roti Kukus
|
1.00
|
15
|
Milo,Kopi,Teh,The-O, Sirap
|
1.00
|
6.6.2
Menu Makan Tengah hari
No
|
Menu Cadangan
|
RM
|
1
|
Ikan Bakar (cth:
pari,terubuk,kembong,cencaru,dll)
|
Ikut
saiz dan jenis ikan
|
2
|
Daging bakar
|
2.00
– 3.00 (ikut saiz)
|
3
|
Ayam kampung goreng
|
4.00
|
4
|
Ayam Madu
|
2.50
|
5
|
Ayam Goreng
|
2.00
|
6
|
Asam Pedas Kepala Ikan
|
5.00
– 8.00 (ikut saiz)
|
7
|
Sup Tulang
|
3.50
|
8
|
Sup Kambing
|
4.00
|
9
|
Sup Cendawan
|
3.00
|
10
|
Sotong Sumbat
|
2.50
|
11
|
Sotong Masak Merah
|
3.00
|
12
|
Udang Tumis Petai
|
3.00
|
13
|
Daging Gulai
|
3.00
|
14
|
Begedil Ayam
|
0.50
|
15
|
Pucuk Ubi Masak Lemak
|
2.00
|
16
|
Nangka Muda Masak Lemak
|
2.00
|
17
|
Ikan Bilis + Kacang + Tempe masak
pedas
|
2.00
|
18
|
Sambal Belacan
|
0.50
|
7.0 ASPEK PEMASARAN
7.1 Analisa
Persaingan
No
|
Pesaing
|
Kekuatan
|
Kelemahan
|
1
|
Restoran Kafe Raeksoniari
No 1, Jalan Kemuning 1, Senawang
|
2 tahun beroperasi
|
Menjual kek sahaja. Tengah hari
menjual nasi ayam tetapi tidak serius.
|
2
|
Restoran Ashraf Ali Maju
No 3, Jalan Kemuning 1, Senawang
|
Servis yang pantas
Sudah 1 tahun
Beroperasi 24 jam
|
Menjual menu ala mamak dan tiada
menu yang boleh menjadi daya tarik.
|
3
|
Restoran Ming Yie
No 14, Jalan Kemuning 1, Senawang
|
Menarik pelanggan berbangsa cina
|
Baru dibuka. Tertumpu kepada
pelanggan berbangsa cina sahaja. Tiada melayu.
|
4
|
Seafood Andaman
No 41, Jalan Kemuning 1, Senawang
|
Pengunjung yang ramai pada waktu
malam.
Kekuatan pada masakan tomyam.
|
Kurang pelanggan pada waktu siang
hari. Menu biasa yang kurang daya tarik dan popular dengan tomyam sahaja.
|
5
|
Kemuning Corner
No 25, Jalan Kemuning 1, Senawang
|
Menarik pelanggan berbangsa india
|
Baru dibuka. Tertumpu kepada
pelanggan bebangsa india sahaja. Tiada melayu.
|
7.3 Strategi
Pemasaran
7.3.1
Pengiklanan
·
Banner di persimpangan
lampu trafik
·
Signboard kecil di
persimpangan masuk di lot kedai
·
Iklan di masjid atau
surau berdekatan
7.3.2
Promosi
·
Menyediakan hidangan
buffet percuma pada hari pembukaan restoran
·
Harga istimewa untuk
pakej perkahwinan
·
Penajaan Katering di
Majlis Berbuka Puasa di masjid atau surau berdekatan
8.0 ASPEK KEWANGAN
8.1 Keperluan
Kewangan
No
|
Keperluan
|
RM
|
Nota
|
1
|
Ubahsuaian
|
12,000.00
|
Rujuk Sebutharga di LAMPIRAN 5
|
2
|
Peralatan dan Kelengkapan
Restoran
|
21,100.00
|
Rujuk Sebutharga di LAMPIRAN 6
|
3
|
Stok Permulaan
|
10,000.00
|
Untuk kegunaan seminggu.
|
4
|
Deposit Sewa
|
9,500.00
|
Rujuk surat dari pemilik premis.
|
5
|
Modal Pusingan
|
50,000.00
|
Modal pusingan untuk keperluan
perniagaan selama 3 bulan.
|
Jumlah
|
102,600.00
|
8.2 Anggaran
Kos Jualan
Pelanggan
|
Menu Utama
|
Anggaran Sumbangan
Jualan
%
|
Anggaran Margin
Untung Kasar
%
|
Anggaran Purata
Margin Untung Kasar
%
|
Sarapan Pagi
|
Kuih muih
Nasi lemak
Roti canai
|
5.12
|
40.00
|
2.05
|
Makan Tengah hari
|
Lauk pauk/ulam
Ikan Bakar
Ayam Kampung
|
53.07
|
50.00
|
26.54
|
Minum Petang
|
Kuih Muih
|
10.38
|
40.00
|
4.15
|
Makan Malam
|
Ikan Bakar
Nasi, Mee Goreng, Sup, Tomyam
dll.
|
17.36
|
50.00
|
8.68
|
Tempahan Luar/Katering
|
Pakej RM8.00 seorang – Lauk pauk,
sayur, minuman, buah
|
14.07
|
40.00
|
5.60
|
Jumlah
|
100.00
|
47.02
|
Oleh itu Purata Kos Jualan adalah 100% - 47.02% = 52.98%
9.0 CAGARAN & JAMINAN
DICADANG
9.1 Cagaran
Hartanah
No
|
Pemilik
|
No Hak Milik
|
Keluasan
|
Nilai Pasaran (RM)
|
1
|
HSD
xx lot xx Mukim Kuala Selangor
|
1
ekar
|
40,000.00
|
9.2 Amanah
Saham BumiPutera
No
|
Pemilik
|
No Akaun
|
No Cagaran (RM)
|
1
|
xxxxxx-xx-xxxx
|
20,000.00
|
9.3 Jaminan
Pihak Ketiga
No
|
Penjamin
|
No Kad Pengenalan
|
1
|
xxxxxx-xx-xxxx
|
10.0
JADUAL
PERLAKSANAAN PROJEK
No
|
Perlaksanaan
|
Tarikh Jangkaan
|
1
|
Permohonan Pembiayaan
|
4/5/2009
|
2
|
Temuduga Pertama
|
11/5/2009
|
3
|
Temuduga Kedua
|
18/5/2009
|
4
|
Kelulusan
|
21/05/2009
|
5
|
Proses Dokumentasi & Guaman
|
22/05/2009
– 4/6/2009
|
6
|
Pengeluaran Wang
|
5/6/2009
|
7
|
Ubahsuai Premis dan Dekorasi
|
6-13/06/2009
|
8
|
Pembelian peralatan kedai dan
Premis
|
12/06/2009
|
9
|
Pembelian Stok
|
13/06/2009
|
10
|
Perniagaan Operasi Sepenuhnya
|
1/7/2009
|
11.0
KESIMPULAN
Saya
amat berharap dengan bantuan kewangan dari skim [nama skim pembiayaan] ini akan
dapat merialisasikan projek restoran & katering cadangan saya dan
memberikan peluang kepada kami memulakan perniagaan saya sendiri. Saya yakin dengan bantuan kewangan ini akan membantu saya memajukan potensi yang ada diri saya dan isteri untuk melaksanakan projek restoran & katering di [Taman Kemuning Senawang] yang mempunyai pasaran yang besar dan menggalakkan. Semoga pihak [nama agensi pembiaya/bank] dapat mempertimbangkan permohonan kami ini demi pembangunan perniagaan Bumiputera dalam bidang peruncintan amnya dan restoran khususnya.